Jenayah di Selangor

Jenayah di Selangor merangkumi pelbagai jenayah termasuk membunuh, samun, rogol, mencuri dan pecah masuk rumah. Pada tahun 2013, sebanyak 18,007 kes yang dilaporkan dari bulan Januari hingga Mei. Kes jenayah kekerasan mencatatkan 3659 kes manakala kes jenayah harta benda sebanyak 14.348 kes yang dilaporkan.[1]Pada tahun April 2020, semasa Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, kadar jenayah di Selangor semakin menurun. Jenayah kekerasan yang mencatatkan 1293 kes (pada 1 Januari-19 April 2019) menurun sebanyak 25% kepada 995 kes manakala jenayah harta benda juga menurun kepada 16.95% daripada 4431 kes kepada 3680 kes yang dilaporkan.[2]